Pages

Sunday, February 16, 2014

Keluarkan singa daripada diri anda.


Alhamdulillah saya sempat selesaikan pembacaan sebuah lagi buku yang begitu membantu saya iaitu “Keluarkan Singa Daripada Diri Anda” hasil karya Tuan Haji Muhammad Zakaria.
Buku ini akan membantu kita mengenali bakat terpendam yang ada dalam diri kita dan Insya Allah ia mampu memberikan kekuatan kepada kita untuk meneruskan survival perjuangan dalam kehidupan.
Buku ini membuat konotasi tenaga terpendam dalam diri manusia sebagai 'singa' yang merupakan raja haiwan atau king. Tenaga terpendam dalam diri kita sebagai singa yang tidur yang perlu dikejutkan. 
Saya akhiri dengan petikan sinopsis Kulit Belakang buku ini, “Dalam diri anda ada suatu tenaga yang sangat kuat dan berpotensi. Ada ahli motivasi menamakan ia “gergasi“. Yang lain memanggilnya “harimau“. Penulis menamakan tenaga itu sebagai “SINGA“. Buku ini cuba membantu anda mengeluarkan SINGA tersebut daripada diri anda. Kemudian memandu SINGA yang sudah bebas itu untuk mengaum ke seantero dunia dalam usaha menggapai kecemerlangan.”

No comments:

Post a Comment