Isi besi
dipadu bila bertari - oleh Azlan Ghanie
dipetik dari Majalah Seni Beladiri Mac 2004 - ms 54 kolum Senaman Tua
Satu ketika
dahulu, juga yang tidak tahu rahsia tari dalam Silat Melayu hingga mereka
memperlekeh tari. Dalam seminar, isu itu disampaikan kepada peserta yang baru
hendak mengenali beladiri. Isu ‘kutuk’ orang silat dengan dakwa bertari dan
berbunga sebagai buang masa.
Isu ini isu
lama. Suara perlekeh itu sudah jarang kedengaran lagi. Mungkin mereka sudah
celik atau sedar dari tidur.
Penulis
sendiri melihat dan mendengar orang sebegini bercakap dalam seminar, namun
kehadiran sebagai wartawan… ketika itu, penulis no comment. Buat tak reti aje.
Bila
membuat laporan dan disiarkan dalam majalah, dakwaan seumpama itu tidak
dimasukkan. Penulis percaya dan yakin, mereka akan sedar dan insaf bila menemui
kebenaran.
Kerana yang
diberitahu itu ialah generasi baru. Ada yang tidak pernah melihat tari silat.
Apapun,
yang tidak tahu akan terus tidak tahu.
Suara yang
pertikai itu, sebenarnya tidak mengutuk mana-mana silat. Hanya tidak Nampak
realistiknyabila bertari pulut dan sebagainya. Namun jika tidak bertanya atau
berguru, rahsia bertari pulut itu tidak akan diketahui.
Kini, suara
sedemikian sepertimana dikatakan, tidak berkumandang lagi. Mungkin diri sudah
berilmu.
Mungkin
sudah sedar, tari silat lain perguruan lain gayanya, namun konsepnya sama.
Jika taichi
dikatakan senaman untuk golongan tua. Ia membuktikan golongan itu berada dalam
kesihatan yang baik. Bila dibuat kajian, gerak perlahan boleh menghasilkan
pergerakan ‘luar biasa’.
Begitulah
tari pulut, tak perlu tunggu usia lanjut. Terlangsung, bila sudah bertari,
badan atau fizikal berada dalam tahap kecergasan yang terbaik. Ambil contoh
perguruan yang bertari termasuk Gayung Fatani, badan pengamal pengamal cukup
mantap dan kemas. Tidak perlu masuk gim.
Mempelajari
beladiri perlukan komitmen dan mempelajari tari memerlukan bukan sahaja
komitmen tetapi kekuatan mental dan fizikal. Kreativiti dan ilmu kecergasan
jika diambil kira, bakal memahami lagi segala perbuatan.
Namun,
seperti biasa, ada golongan enggan mempelajari beladiri, apatah lagi silat yang
betari. Mungkin takut badan sakit, diperlekeh kawan, atau peel suka perlekehkan
orang beladiri seperti berkata: “Kenapa hendak belajar beladiri… senjata api
ada”. Ego sebegini adalah sama dengan
‘nikmat’ makanan segera.
Kembali isu
tari pulut atau Tari Pendekar, yang benar tetapi tidak hairan, tiada guru tua
yang mengamal tari itu membalas. Tiada yang melenting malah mereka senyum
dengan dakwaan itu.
Di Pahang,
Tari Pendekar masih terpelihara dan penulis akan sedaya upaya memeliharanya
bersama rakan-rakan seperjuangan di Negara itu.
Bila
bertari, semua otot-otot bergerak. Adakala ‘main’ rendah, sederhana dan tinggi.
Ada masa perlahan dan ada mas laju. Ini menepat kehendak sains sukan, aerobic
dan anaerobic.
Ahli gim akan menggunakan dumbell dan barbell
untuk beban tambahan. Orang silat bila bertari dengan senjata, otot dalam
tangan hidup dan mantap. Kerana itu, yang tahu bermain peroleh ‘rasa’.
(Contoh
permainan ‘rasa’ – mereka yang memegang kuat tangan pesilat, tidak tahu bila
dan bagaimana pegangan terbuka… hanya tahu ia sudah terbuka.)
Bagi
pengamal tari. Tidak hairan dengan sebutan kelakar, tulang besi urat dawai.
Bertari dalam kajian penulis, akan menguatkan otot-otot dalaman. Kerana itu,
kekuatan dalaman tangan agak luar biasa kepada bukan pengamal.
Pengamal
tari banyak menggunakan pernafasan, oksigen juga merawat kecederaan atau
penyakit dalam tubuh badan.
Kerana itu,
mereka atau golongan guru tua kelihatan bergerak ‘muda’ dan mempunyai tubuh
badan yang ‘sedap’.
maksud bertulang besi, berurat dawai
ReplyDelete