Pages

Sunday, May 5, 2013

Memanah

Saya amat tertarik dengan Grup Memanah Sunnah yang mana saya terbaca mengenainya di FB pada tahun lepas (2012). Rupanya tradisi memanah ini masih wujud selain dari acara sukan yang dipertandingkan sehingga ke peringkat olimpik.

Beberapa artikel mengenai memanah sunnah:

memanah sunnah 1
memanah sunnah 2

Awal April lalu saya telah memesan satu set alat memanah (Traditional Recurve Bow) yang dijual oleh Bowmaster Malaysia. Apabila set tersebut sampai saya amat teruja mencubanya di rumah. ini tidak memuaskan hati saya kerana keupayaan sebenar busur ini tidak teruji sepenuhnya lagi.

Sebahagian dari set: anak panah dan busur 

Saya diberitahu oleh seorang sahabat bahawa beliau ada mengenali seorang trainer memanah di USM Kampus Kesihatan dan kami membuat temujanji bagi mencuba set memanah ini.

Pada hari yang ditetapkan kami berjumpa di USM. Rupanya trainer yang disebutkan sudahpun saya kenali dan beliau merupakan graduan USM dalam bidang sains sukan.

Beliau ada juga membawa 3-Pieces Recurve Bow yang biasanya digunakan dalam sukan memanah yang mempunyai Arrow Rest serta pejera. Set kepunyaan saya pula Traditional Recurve Bow yang serba kekurangan.

Rupa-rupanya memanah adalah lebih sukar dari menembak senjata api kerana seratus peratus bergantung kepada kekuatan si pemanah bagi menampung kekuatan string dan mengimbangi kestabilan anak panah pada masa yang sama perlu mengunci sasaran. Tangan saya mendapat lebam-lebam akibat bidasan string akibat tidak memakai arm guard.

Tiada penyakit cari penyakit
Setelah agak tahu mengenai memanah, saya pun mula mencuba-cuba memanah di belakang rumah. Dengan target yang direka sendiri. Tidak terkecuali buah kelapa kering menjadi mangsa panahan saya.

Target buatan sendiri

Tak sangka adik saya juga meminati sukan memanah. Dia sebenarnya belajar memanah dalam mata pelajaran kokurikulum di kolejnya. Bolehlah kami bertukar-tukar pandangan. Dia pada mulanya agak kekok kerana tiada pejera (sight) dan arrow rest seperti yang biasa digunakan.

Mantap juga adik saya ni. Bengkok juga arrow sebatang bantai tembok pagar
Katanya string busur ini agak tegang berbanding yang biasa digunakannya. Tanpa disangka-sangka anak panah yang dilepaskan melapasi jangkaannya dan terus menuju ke pagar rumah yang jaraknya saya agak kira-kira 50 meter dari tempat kami berada. Terkejut juga saya kerana saya juga tidak pernah melancarkan panah ini sejauh itu.

4 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Saya peminat sukan memanah, sekarang menetap di Panchor, Kota Bharu. Biasa juga ke USM KCK, apa boleh diperkenalkan staf tersebut kepada saya ? Mungkin kalau ada kesempatan, boleh kita pekana teh tarik.

    ReplyDelete
  2. boleh insya Allah, 0129221542 no saya. staf tersebut bertugas di brain network

    ReplyDelete