Pages

Thursday, May 30, 2013

HADIS TENTANG GARAM

Dari Abdullah Bin Umar " Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam"

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam ." Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam "

Hadis riwayat Al – Bazzar
Rasulullah pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum & makan. Baginda berkata
"Sesiapa yang memulakan minum & makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit , yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja."

Dengan mengambil secubit garam dan segelas air tubuh kita akan mencuci dengan sendirinya secara keseluruhan, sel-sel badan akan dikembalikan, semua proses kehidupan akan diharmonikan , disusun dan dikuatkan semula: dan banyak penyakit moden akan lenyap dalam masa itu dan dengan itu kehidupan kita akan menjadi lebih baik dan sihat...

Rahsia Pengambilan Garam Oleh Rasulullah s.a.w (Alquran dan sains)

Sumber: http://ijoks2009.blogspot.com/2012/08/rahsia-pengambilan-garam-oleh.html

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani (askar Greek) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka.

Apabila dipenjarakan, mereka (penentang) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam.Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

"Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api, air, dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya. Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda "Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam".

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut (tepi pantai) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti, goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya.
Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin.
Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit.
Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan.
Air yang dicampur garam  disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin.
Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

Thursday, May 23, 2013

Eye of the Tiger - survivor (Rocky theme)

https://www.youtube.com/watch?v=p7CaiWxKYBo

Risin' up, back on the street 
Took my time, took my chances 
Went the distance 
Now I'm back on my feet 
Just a man and his will to survive 

So many times, it happens too fast 
You trade your passion for glory 
Don't lose your grip on the dreams of the past 
You must fight just to keep them alive 

[Chorus] 

It's the eye of the tiger
It's the thrill of the fight
Risin' up to the challenge
Of our rival
And the last known survivor
Stalks his prey in the night
And he's watching us all with the
Eye of the tiger

Face to face, out in the heat
Hangin' tough, stayin' hungry
They stack the odds
Still we take to the street
For the kill with the skill to survive

[Chorus]

Risin' up straight to the top
Had the guts, got the glory
Went the distance
Now I'm not gonna stop
Just a man and his will to survive

[Chorus] 

Sunday, May 19, 2013

Rajawali Terbang Tinggi - M Nasir (Tribute to TUDM)

Rajawali terbang tinggi - M Nasir
Dengar gendang-genderang
Gema menghentam dada
Seluruh Nusantara
Rentak yang sama

Pergolakan drama manusia
Masing-masing mahu buktikan
Kuat lemah

Langit mana pun sama
Bulan pun redha
Sinar bumi ayahku
Dan ayahmu jua

Gugur daun
Di telapak tangan
Terpijak ranting di jalanan
Aku rindu oh! kampungku

Aku tak mahu dijadikan hamba lagi
Aku tak mahu dijajah lagi
Biar terkubur jasad terbujur
Tak rela aku berpisah
Dari cintaku yang satu

Dan Rajawali terbang tinggi
 Rajawali terbang tinggi… terbang



Beza 'Guru' dan 'Cikgu'



Ada baiknya untuk kita ketahui sedikit sebanyak tentang perkataan 'guru' mahupun 'cikgu' yang seringkali kita dengar ketika kita menuntut mahupun menghantar anak-anak ke sekolah. Sarwajagat kini acapkali menimbulkan beberapa kepincangan bahasa tentang penggunaan 'guru' dan 'cikgu'. Ketika PBS yang lalu, saya sempat juga bertanya dengan guru sekolah menengah saya, Cikgu Sharifah Aini, guru pakar Bahasa Melayu tentang perbezaan kata nama ini. Di bawah saya kongsikan apa yang saya faham tentang perbezaan makna 'guru' ataupun 'cikgu' selepas saya bertanya dengan beliau. Jika ada silap, mohon diperbetulkan.


Perbezaan 'Guru' dan 'Cikgu'
Oleh
Pelestari Adiwangsa dan Cikgu Sharifah Aini



APAKAH perbezaan antara 'cikgu' dengan 'guru'?
Ramai orang berpendapat bahawa 'cikgu' dan 'guru' seerti dan perkataan itu boleh menggantikan satu sama lain.Ada pula pendapat yang mengatakan bahawa 'cikgu' merupakan panggilan kepada guru, misalnya, panggilan Cikgu Marsila, Cikgu Allen, Cikgu Afiq dan lain-lain.'Guru' pula maknanya, orang yang mengajar (teacher).'Guru' pula membawa pengertian umum bagi 'cikgu'.

Contoh ayat:

1. Cikgu Zulaiha mengajar di sekolah menengah.


2. Anaknya yang sulung menjadi guru.

Perkataan 'cikgu' berasal daripada dua suku kata iaitu 'cik' - singkatan daripada perkataan 'encik'.Kata ganti nama 'encik' juga digunakan sebelum nama perempuan yang belum berkahwin atau digunakan sewaktu bercakap dengan perempuan atau lelaki yang tidak begitu dikenali. Singkatan bagi perkataan ini ialah 'cik'.Misalnya, Cik Elvy, Cik Aisyah dan lain-lain.Kata ganti nama 'cik' yang diikuti perkataan 'gu', membentuk perkataan 'cikgu', yang digunakan sebagai panggilan kepada guru (dalam bahasa Inggeris, teacher).Perkataan 'guru' pula bererti orang yang mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh (Kamus Dewan, halaman 420).Justeru, pendapat yang mengatakan bahawa perkataan 'cikgu' digunakan bagi nama panggilan, misalnya, Cikgu Sakinah, Cikgu Fedora, Cikgu Yvonny dan lain-lain (nama-nama khas) dan perkataan 'guru' pula digunakan dalam bentuk nama am bagi perkataan 'cikgu', memanglah betul.


Orang-orang dahulu mengatakan bahawa terdapat perbezaan makna dan tugas antara 'cikgu' dengan 'guru' sebab suku kata 'gu' dalam bahasa Sanskrit bererti orang yang mengajar, sementara suku kata 'ru' pula bererti 'contoh yang baik'.Kedua-dua suku kata itu disatukan menjadi perkataan 'guru' yang bererti 'orang yang mengajar dan menunjukkan contoh yang baik..'Cikgu' pula bererti orang yang tugasnya hanya mengajar.



Menurut pendapat ini, orang yang dipanggil 'guru' lebih berat tugas dan tanggungjawabnya daripada 'cikgu' sebab 'guru' bertugas mengajar dan menunjukkan contoh yang baik dari segi peribadi dan tingkah laku.Oleh itu, perkataan 'guru' dengan 'cikgu' berbeza makna dan tugasnya.Cikgu hanya mengajar atau menyampaikan ilmu dan tugasnya selesai selepas waktu sekolah. Selepas waktu kerja, cikgu dan murid membawa haluan masing-masing - bak kata orang, 'Lu sapa, gua sapa'.Berbeza pula dengan guru yang tugasnya mengajar dan menunjukkan contoh yang baik untuk membentuk akhlak dan peribadi anak didiknya.


TUAN GURU

Pada masa dahulu, guru itu dipanggil 'tuan guru' kerana dihormati masyarakat, lantaran ilmu dan akhlaknya yang baik. Dapatan ini saya perolehi semasa pertemuan dan perbualan singkat saya dengan Cikgu Sharifah Aini Binti Awang Tahir.


Kesimpulannya, pendapat ini menegaskan bahawa ada perbezaan erti dan tugas di antara 'cikgu' dengan 'guru'. Saya begitu tertarik dengan kata-kata beliau yang pada hemat saya rasional dan mencetus ilham saya menulis rencana ini.


Kini, zaman orang berguru telah lenyap ditelan masa. Kita tidak pernah lagi mendengar orang mengatakan, 'Saya menghantar anak berguru,' 'Anak saya berguru di Australia,' atau 'Wenah berguru di Maktab Rendah Kinabatangan.'Orang mengatakan, 'Saya menghantar anak ke sekolah,' atau 'Anaknya belajar di seberang laut,' walaupun makna 'berguru' itu seerti dengan 'belajar'.Pada zaman dahulu kita pernah mendengar orang mengatakan, 'Anak saya berguru di pesantren.'Dalam Hikayat Hang Tuah dikatakan bahawa 'Hang Tuah pergi berguru ke Gunung Ledang,'dan 'Hang Tuah berguru dengan Adiputra,' atau orang mengatakan, 'Anak saya berguru dengan Tuan guru di kampung seberang.'Pada masa itu orang berguru ilmu agama atau ilmu mempertahankan diri.Orang yang berguru itu bukan sahaja mendapat ilmu, malah dia juga diasuh dan dididik mencontohi akhlak yang baik daripada tuan guru.Justeru, seseorang yang berguru biasanya tinggal berbulan-bulan atau bertahun-tahun dengan tuan guru sehingga selesai perguruannya, dan sesudah itu barulah dia boleh pulang ke negeri atau kampung halamannya dengan berbekalkan ilmu, akhlak dan peribadi yang baik.Pada pendapat saya, dapatan Cikgu Sharifah Aini itu benar dan ada logiknya.


GURU KENCING BERDIRI

Cuba ambil contoh peribahasa Melayu yang berbunyi, 'Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.'Ia bermakna, kelakuan murid mencontohi kelakuan guru, terutama dalam hal yang tidak baik, sebab sebab tingkah laku yang buruk lebih cepat dan mudah ditiru.Peribahasa ini pula tidak boleh diubah menjadi 'Cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari,' sebab pada masa ini sememangnya ramai cikgu kencing berdiri, sesuai dengan keadaan tandas awam sekarang yang memerlukan cikgu kencing berdiri!Selain itu, teringat pula saya pada pantun peribahasa yang mempunyai makna mendalam dan mengesankan. Pantun tersebut berbunyi:

Berburu ke padang datar,

dapat rusa belang kaki;
berguru kepalang ajar,
bagai bunga kembang tak jadi.


Perkataan 'berguru' digunakan juga dalam pantun ini.Mengapa tidak digunakan perkataan 'bercikgu kepalang ajar?' Atau 'Belajar kepalang ajar' sebab tugas guru dengan cikgu berbeza.Begitu juga dengan erti dan penggunaan kekata itu. Maksud pantun ini ialah, ilmu yang tidak sempurna dituntut tidak ada faedahnya.Perkataan 'berguru' digunakan dalam pantun itu untuk menegaskan bahawa insan yang berjaya dalam kehidupan bukan sahaja mesti berjaya mendapat ilmu, malah dia mesti juga memiliki akhlak dan sahsiah diri yang baik diprolehi atau dicontohi daripada gurunya.Tanggungjawab guru lebih berat dan mencabar, sedangkan cikgu dibayar gaji untuk mengajar dalam jangka waktu tertentu.

Kini, amat sukar kita dapatkan khidmat guru (asatizah) yang sanggup mengajar, mendidik dan mengasuh, di samping menunjukkan contoh akhlak yang baik dengan penuh ikhlas tanpa memikirkan sangat tentang upah atau ganjaran kebendaan.Zaman 'tuan guru', 'tok guru' dan 'mak guru' sudah berlalu. Panggilan tersebut sudah lapuk ditelan zaman dan hanya tinggal kenangan.

Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan mereka sebagai 'pak guru' dan 'mak guru' untuk mendidik akhlak, tingkah laku dan sahsiah anak-anak mereka.Peranan ibu bapa masa kini begitu rumit. Mereka bukan sahaja terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bagi memenuhi tuntutan hidup dan memberi kesenangan kepada anak-anak, mereka juga harus berperanan menjadi 'guru' di rumah, seiring dengan kata-kata bahawa ibu bapalah guru pertama anak-anak dan rumah merupakan sekolah pertama bagi mereka.Ibu bapa sekarang bukan sahaja perlu menguasai ilmu keibubapaan, malah mereka harus menguasai ilmu keguruan.

Ibu bapa sekarang perlu memainkan peranan mendidik, mengasuh dan membentuk peribadi mulia anak-anak agar gejala sosial yang berleluasa masa ini dapat dikurangkan bagi menaikkan martabat masyarakat dan bangsa.

Walaupun sibuk mencari kemewahan hidup, kita tidak patut abaikan tanggungjawab dan tugas utama dan terpenting sebagai guru di rumah kerana orang yang dipanggil 'tuan guru', 'tok guru' dan 'mak guru' amat sukar ditemui masa kini.



Jadi faham sudah kan? Itu saja la. Pening-pening sudah saya ni. Mahu buat assignment dulu. :)

Thursday, May 16, 2013

Perbezaan Antara 'Guru' Dengan 'Cikgu'

Disalin dari: http://sketsamasyarakat.blogspot.com/2011/03/situasi-33-perbezaan-antara-guru-dengan.html








 Apakah perbezaan antara Guru dengan Cikgu?
 Cikgu, saya tidak faham dengan soalan ini.
 Guru, saya tidak faham dengan soalan ini.
Saya terbaca dalam satu makalah mengenai perbezaan antara ‘guru’ dengan ‘cikgu’ yang ditulis oleh Dr Cikgu Muhammad Ariff Ahmad.



Ramai orang berpendapat bahawa 'cikgu' dan 'guru' seerti dan perkataan itu boleh menggantikan satu sama lain.
 Betul ke??


Ada pula pendapat yang mengatakan bahawa 'cikgu' merupakan panggilan kepada guru, misalnya, panggilan Cikgu Sarimah, Cikgu Aizah,  Cikgu Hasnida dan lain-lain.
'Guru' pula maknanya, orang yang mengajar (teacher).'Guru' juga membawa pengertian umum bagi 'cikgu'.
Misalnya:
Cikgu Aizah mengajar di sekolah menengah.
Anaknya yang sulung menjadi guru.
Perkataan 'cikgu' berasal daripada dua suku kata iaitu 'cik', singkatan daripada perkataan 'encik'.Kata ganti nama 'encik' juga digunakan sebelum nama perempuan yang belum berkahwin atau digunakan sewaktu bercakap dengan perempuan atau lelaki yang tidak begitu dikenali. Singkatan bagi perkataan ini ialah 'cik'.
Misalnya, Cik Hasyimah, Cik Faizal dan lain-lain.


(Kamus Dewan, halaman 420):
Kata ganti nama 'cik' yang diikuti perkataan 'gu', membentuk perkataan 'cikgu', yang digunakan sebagai panggilan kepada guru (dalam bahasa Inggeris, teacher).
Perkataan 'guru' pula bererti orang yang mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh.
 Justeru, pendapat yang mengatakan bahawa perkataan 'cikgu' digunakan bagi nama panggilan, misalnya, Cikgu Kamisah, Cikgu Hasnah, Cikgu Farid dan lain-lain (nama-nama khas) dan perkataan 'guru' pula digunakan dalam bentuk nama am bagi perkataan 'cikgu', memanglah betul.
Orang-orang dahulu mengatakan bahawa terdapat perbezaan makna dan tugas antara 'cikgu' dengan 'guru' sebab suku kata 'gu' dalam bahasa Sanskrit bererti orang yang mengajar, sementara suku kata 'ru' pula bererti 'contoh yang baik'.
Kedua-dua suku kata itu disatukan menjadi perkataan 'guru' yang bererti 'orang yang mengajar dan menunjukkan contoh yang baik..
'Cikgu' pula bererti orang yang tugasnya hanya mengajar.
Orang yang dipanggil 'guru' lebih berat tugas dan tanggungjawabnya daripada 'cikgu' sebab 'guru' bertugas mengajar dan menunjukkan contoh yang baik dari segi peribadi dan tingkah laku.
Cikgu hanya mengajar atau menyampaikan ilmu dan tugasnya selesai selepas waktu sekolah. Selepas waktu kerja, cikgu dan murid membawa haluan masing-masing - bak kata orang,  'Lu sapa, gua sapa'.
Berbeza pula dengan 'guru' yang tugasnya mengajar dan menunjukkan contoh yang baik untuk membentuk akhlak dan peribadi anak didiknya.

Oleh itu, perkataan 'guru' dengan 'cikgu' berbeza makna dan tugasnya.
Komen:
Pada pendapat saya, dapatan Dr Cikgu Muhammad Ariff Ahmad itu benar dan ada lojiknya.

Monday, May 13, 2013

Peristiwa Kota Lukut


Rujuk dari blog "Sejarah Melayu" ini:

"THE LUKUT MASACRE" 


Muzium Kota Lukut ini asalnya adalah sebuah tapak kota pertahanan atau sebuah kubu pemerintah Melayu iaitu Raja Busu, iaitu anak Sultan Selangor ketika itu...


Kubu ini terletak di puncak bukit yang dikenali sebagai Bukit Gajah Mati atau Bukit Raja, dan boleh dilalui melalui jalan dari arah kaki bukit. Kubu ini menghadap ke arah pekan Lukut dan memberikan pandangan tanpa terlindung oleh Sungai Lukut, persekitarannya dan juga Selat Melaka.

Dibina oleh buruh dari kalangan para banduan, ia adalah bentuk segi empat dengan ukuran kira-kira 200 meter panjang dengan 170 meter lebar. Dinding batu laterit merah dikelilingi oleh parit lapan meter lebar dan antara 8-10 meter. Hutan buluh telah ditanam pada bahagian bawah parit dengan dinding batu diletakkan meriam. Meriam  juga diletakkan di pintu masuk utama ke kubu, di dinding utara, dan pintu masuk yang kecil di sebelah bahagian dinding arah barat.

Dulunya sebelum kemerdekaan, Kota Lukut ini dan kawasan daerah sekitar sini adalah tertakluk di bawah jajahan kerajaan negeri Selangor..... 

Raja Busu adalah anak Sultan Muhammad yang, pada tahun 1824, telah datang ke Lukut dengan pengikut-pengikutnya dari Selangor, Kedah dan negeri-negeri lain untuk membangunkan sumber-sumber bijih timah yang kaya. Beliau menggalakkan pelombong Cina, terutama dari Melaka, menetap di kawasan tersebut dan bekerja di lombong bijih timah. Dia adalah seorang pentadbir yang berkesan dan daerah Lukut menjadi makmur, dengan lebih ramai pelombong Cina dibawa masuk mengembangkan pengeluaran lombong-lombong bijih timah....


Mengikut sejarah yang tertulis di dalam muzium Kota Lukut ini...

Pada tahun 1834, Raja Busu memutuskan untuk mengenakan cukai sebanyak sepuluh peratus (10%) ke atas timah semua yang telah diekstrak dan dieksport keluar dari Lukut. Peraturan baru ini telah menyebabkan kemarahan para pelombong dan peniaga cina, serta para penyokong kewangan mereka di Melaka. 

Pada suatu pagi yang gelap, lebih kurang pada bulan September tahun 1834. Satu kejadian tragis dan menyedihkan telah berlaku apabila para pemberontak di kalangan orang cina telah MENYERANG Istana Raja Busu di Kota Lukut ini. Mereka telah menyusun serangan dengan rapi tanpa diketahui oleh sesiapa di kalangan orang Melayu ketika itu.

Para pemberontak ini telah berjaya membunuh para pengawal di sekitar kota. Kemudian mereka mengepung istana Raja Busu. Dengan  dipenuhi perasaan marah yang meluap-luap, mereka menjerit dan menuntut Raja Busu untuk keluar dari istana atau mereka akan MEMBAKAR istananya


Raja Busu yang mendengar kata-kata pemberontak cina yang telah mengepungnya ini menjawab: 

"Kami orang Islam tidak takut untuk mati, lakukanlah apa yang kamu suka jika kamu berani!"


Apabila mendengar jawapan Raja Busu ini, para pemberontak cina telah menyerang dan membakar Istana dan rumah Melayu berdekatan, dengan beratus-ratus orang  melayu yang dirompak dan juga dibunuh. 

Para pemberontak dari kalangan pelombong cina ini telah membunuh mereka dengan KEJAM, termasuk Raja Busu sendiri, isteri dan anak-anaknya. Dipercayai semasa Raja Busu melawan dan keluarganya cuba menyelamatkan diri, mereka telah ditangkap dan telah dicampakkan ke dalam api istana mereka yang sedang terbakar. Adalah dipercayai, hasil rompakan yang diperolehi dari istana Raja Busu berserta segala perhiasan dari China termasuk, emas permata sahaja dianggarkan kira-kira 3,500 paun.

Orang-orang Melayu yang terselamat dari serangan ini  melarikan diri ke kawasan desa dan daerah berhampiran dan segera menyampaikan berita sedih ini. 

Mendengarkan berita PEMBUNUHAN RAJA BUSU dan keluarganya yang dibunuh dan dicampakkan ke dalam api istananya sendiri. Orang-orang Melayu di sekitar negeri dan daerah ini telah SEGERA berhimpun dan bersedia untuk menyerang balas Lukut sebagai membalas dendam atas PEMBUNUHAN dan KEMATIAN seorang anak raja Melayu oleh para pendatang cina di sana. 

Akibat serangan balas orang-orang Melayu, orang-orang cina yang memberontak tadi segera melarikan diri ke sempadan British Melaka. Namun mereka telah diserang hendap dan dibunuh oleh orang-orang Melayu yang telah siap sedia mengepung kawasan laluan keluar dari Lukut. 

Akibat serangan balas orang-orang melayu yang marah terhadap KEBIADAPAN, KECURANGAN DAN PENGKHIANATAN orang2 Cina yang membunuh Raja Melayu ketika itu. Ramai orang-orang cina lari memasuki Melaka yang ketika itu dibawah pemerintahan  British Melaka  untuk berlindung. Oleh kerana itu, terdapatlah nama Lubuk Cina di Melaka, iaitu Lubuk Cina Besar dan Lubuk Cina kecil sempena mengambil nama tempat pelarian-pelarian dari kalangan orang cina yang yang berlindung sebagai PELARIAN...

Akibat dari serangan balas orang-orang melayu ini juga, banyak kampung-kampung dan lombong milik orang cina di Lukut telah ditinggalkan kosong selama bertahun-tahun.


HAKIKATNYA... 

Sebelum terjadinya peristiwa 13 Mei 1969 lagi... iaitu 135 tahun kemudian, masyarakat cina (para pelombong dan peniaga) ketika itu PERNAH  memberontak terhadap pemerintah Melayu Islam sehingga SANGGUP MEMBUNUH dan MEMBAKAR sehingga mati, seorang anak raja Melayu!!!



AL-FATIHAH... 

buat almaruhum Raja Busu dan ahli keluarganya termasuk orang-orang muslim yang terkorban dalam peristiwa berdarah ini... 

SILA LAWATI
muzium Kota Lukut untuk mendapatkan maklumat penuh berkenan sejarah hitam ini... 

Tuesday, May 7, 2013

Mendapat penyakit kayap

Saya diuji lagi oleh Allah SWT dengan penyakit kulit. Kali ini saya mendapat sejenis penyakit kulit yang dinamakan KAYAP.

Semenjak kecil lagi kulit saya memang agak lokek dan mudah berkudis, ditambah pula saya suka bermain pasir yang entah dicemari dengan berapa jenis bakteria terkenal di dunia.

Pada mulanya, saya hanya mendapati tangan saya dihinggapi tompok-tompok merah yang gatal. Dua tiga hari selepas itu, tompok merah tersebut mula menimbulkan gelembung-gelembung air yang pedih dan gatal. Setelah berjumpa dengan Doktor Balkhis di Jalan Padang Garong barulah saya mengetahui bahawa saya telah dijangkiti kayap.

Kayap dikatakan berpunca dari virus herpes. Virus yang sama bagi penyakit chicken pox. Juga kebiasaannya seorang individu hanya akan terkena sekali sahaja seumur hidup.

Saya diberi beberapa jenis ubat oleh Dr Balkhis. Antaranya:

1) Ubat Kayap 1 (Valtrex 500 mg)
2) Ubat Kayap 2 (Zovirax 200 mg)
3) Antibiotic (Cloxacap 500 mg)
4) Ubat sapu

Selain itu, saya juga mendapatkan ramuan akar kayu yang disarankan oleh mertua saya bagi membantu pemulihan kayap ini.

Ada juga dibuat pembacaan blog-blog yang melalui carian google. Berikut adalah diantaranya.

http://notadyatie.blogspot.com/2013/03/sakit-kayap.html
http://anihamiza.blogspot.com/2012/12/apa-itu-kayap.html
http://zillahdaud.blogspot.com/2010/06/apa-itu-kayap-dan-petua-mengubatinya.html
http://diari-alya2.blogspot.com/2012/01/penyakit-kulit-kayap-dan-bedak-sejuk.html
http://www.anasofiya.com/2011/09/kayap-penyakit-kulit-yang.html
http://nhidylife.blogspot.com/2012/05/kayap-herpes-zoster-shingles.html

Sunday, May 5, 2013

Memanah

Saya amat tertarik dengan Grup Memanah Sunnah yang mana saya terbaca mengenainya di FB pada tahun lepas (2012). Rupanya tradisi memanah ini masih wujud selain dari acara sukan yang dipertandingkan sehingga ke peringkat olimpik.

Beberapa artikel mengenai memanah sunnah:

memanah sunnah 1
memanah sunnah 2

Awal April lalu saya telah memesan satu set alat memanah (Traditional Recurve Bow) yang dijual oleh Bowmaster Malaysia. Apabila set tersebut sampai saya amat teruja mencubanya di rumah. ini tidak memuaskan hati saya kerana keupayaan sebenar busur ini tidak teruji sepenuhnya lagi.

Sebahagian dari set: anak panah dan busur 

Saya diberitahu oleh seorang sahabat bahawa beliau ada mengenali seorang trainer memanah di USM Kampus Kesihatan dan kami membuat temujanji bagi mencuba set memanah ini.

Pada hari yang ditetapkan kami berjumpa di USM. Rupanya trainer yang disebutkan sudahpun saya kenali dan beliau merupakan graduan USM dalam bidang sains sukan.

Beliau ada juga membawa 3-Pieces Recurve Bow yang biasanya digunakan dalam sukan memanah yang mempunyai Arrow Rest serta pejera. Set kepunyaan saya pula Traditional Recurve Bow yang serba kekurangan.

Rupa-rupanya memanah adalah lebih sukar dari menembak senjata api kerana seratus peratus bergantung kepada kekuatan si pemanah bagi menampung kekuatan string dan mengimbangi kestabilan anak panah pada masa yang sama perlu mengunci sasaran. Tangan saya mendapat lebam-lebam akibat bidasan string akibat tidak memakai arm guard.

Tiada penyakit cari penyakit
Setelah agak tahu mengenai memanah, saya pun mula mencuba-cuba memanah di belakang rumah. Dengan target yang direka sendiri. Tidak terkecuali buah kelapa kering menjadi mangsa panahan saya.

Target buatan sendiri

Tak sangka adik saya juga meminati sukan memanah. Dia sebenarnya belajar memanah dalam mata pelajaran kokurikulum di kolejnya. Bolehlah kami bertukar-tukar pandangan. Dia pada mulanya agak kekok kerana tiada pejera (sight) dan arrow rest seperti yang biasa digunakan.

Mantap juga adik saya ni. Bengkok juga arrow sebatang bantai tembok pagar
Katanya string busur ini agak tegang berbanding yang biasa digunakannya. Tanpa disangka-sangka anak panah yang dilepaskan melapasi jangkaannya dan terus menuju ke pagar rumah yang jaraknya saya agak kira-kira 50 meter dari tempat kami berada. Terkejut juga saya kerana saya juga tidak pernah melancarkan panah ini sejauh itu.