Diambil dari FB pakar diari hati:
SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!!!!
Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam
uri.
MENANAM URI ANAK
Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman
rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan
uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh,
cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di
peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera.
Uri perlu diuruskan dengan baik.
Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi
turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat
ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.
Cara menguruskan uri
1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk
pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih.
(Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk
harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak
mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
***mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin
akan menggali uri ini nanti
8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek
anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam
dalam dan timbus.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan
surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan
binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan
syirik dan khurafat.
Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)• Uri tersebut perlu dibasuh dan
ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.• Uri orang-orang
Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana
orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri
itu untuk di tanam di tempat masing-masing• Amalan menanam uri bayi dengan lada
hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.
Banyak petua orang lama mengenai uri anak. Pastikan menjauhi syirik |
No comments:
Post a Comment