Pages

Wednesday, April 10, 2013

Berkhidmat di kilang Semikonduktor Jepun



Ramadhan 2008 mencatatkan episod baru dalam hidupku. Mula ditawarkan bekerja sebagai jurutera pengeluaran di sebuah kilang Semikonduktor di Kawasan Perindustrian Pengalan Chepa, Kota Bharu. Ini sudah bagus, position jurutera di kampung halaman, mana nak cari. Setelah lulus temuduga dan pemeriksaan kesihatan, aku pun memulakan kerjaya di syarikat ini.


Position sebagai jurutera bukanlah seindah yang kami selalu digambarkan ketika alam pengajian. Lebih-lebih lagi dalam bidang pembuatan. Ini bukanlah kali pertama aku bekerja dalam sektor pembuatan. Sebelum ini aku pernah bekerja di kilang pembuatan ubatan tradisional di Perlis.

Sebagai jurutera pengeluaran, aku bertanggungjawab ke atas pekerja operator dan juruteknik. Perlu memastikan target pengeluaran yang ditetapkan dalam sehari berjalan mengikut jadual. Pelbagai karenah pekerja perlu dihadapi.

Juteknik Breakdown Maintenance dengan seragam yang
sering mengalami mental breakdown

Operator dengan karenah tersendiri
 Bekerja juga dalam keadaan berisiko dengan pendedahan kepada bising, mesin berat serta bahan-bahan kimia berbahaya yang menjadi rutin harian. Penggunaan alat pelindung diri (PPE) sudah menjadi biasa kepada kami disini walaupun di rumah amat jarang boleh melihat kami berpakaian sebegini rupa.


Industri berasaskan pengeluaran banyak menyumbang kepada kebanyakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Malah rakyat asing juga tidak kurang memenuhi kilang-kilang di negara ini mencari rezeki. Pelabur juga mengambil kesempatan dengan menawarkan gaji yang lebih rendah kepada mereka yang bagi mereka, nilai tersebut jika dibawa ke negara asal, sudah lebih dari cukup.



1 comment:

  1. saya merupakan pelajar jurusan fizik tulen drp Uitm shah alam dan akan menjalani latihan industri pada akhir bulan jun ini.. dan saya ingin menjalani latihan industri di kilang saudara bekerja skrg..boleh beri saya alamat penuh tempat saudara bekerja?

    ReplyDelete