Pages

Monday, February 11, 2013

Kisah diri aku - 2

Tidak banyak kisah waktu kecil yang diingati melainkan yang diceritakan oleh keluarga terdekat serta berpandukan gambar-gambar kenangan yang ada pada album keluarga di rumah. Tahun 80 an - 90 an, belum ramai lagi dari saudara mara kami tinggal di Kuala Lumpur, jadi sering menjadi tempat persinggahan sepupu-sepupu yang mendapat tawaran menyambung pengajian di luar negara mahupun di kawasan lembah kelang. Pada masa itu juga pengangkutan awam masih menjadi pengangkutan utama rakyat Malaysia.

Gambar-gambar juga banyak hasil sumbangan saudara-mara yang memiliki kamera. Kamera juga merupakan gejet yang amat jarang dimiliki oleh keluarga berpendapatan sederhana seperti kami. Zaman itu, kamera yang wujud hanyalah kamera jenis filem yang memerlukan pemiliknya mencuci filem di kedai-kedai foto bukan seperti hari ini, teknologi digital memudahkan kita memilih gambar-gambar yang diingini sahaja dicuci atau dibuang sesuka hati... Dulu jika segulung filem mengandungi 24 keping, maka 24 keping gambar akan digunakan beberapa event dan tidak akan dihabiskan dalam masa sehari, terpaksa betul-betul berjimat.  Kerana setiap keping akan dicuci dan memakan belanja yang besar mencuci semua gambar. Sekarang, budak sekolah berumur 10 tahun juga boleh mengambil gambar menggunakan aplikasi kamera yang tersedia pada telefon bimbit masing-masing.

No comments:

Post a Comment