Pages

Friday, February 24, 2012

Jepun Dan Susur Galur Kemelayuannya.


sumber: http://susorgalor.blogspot.com/2011/12/jepun-dan-susur-galur-kemelayuanya.html


1- Saya seringkali tertarik dengan Jepun. Disebalik gaya hidup yang rigid dan terlalu teratur hasil daripada corak pemerintahan yang diterapkan keatas penduduknya pada era imperial keshogunan Tokugawa dan kemilitarian pemerintahan Meiji selepasnya, tersimpan daya kreativiti yang cukup hebat. Namun setiap kali saya membuat pembacaan mengenai asal usul penduduk Jepun, bukan seorang dua para sarjana yang mengaitkan susur galur Jepun dengan Melayu. Malah ada yang menegaskan bahawa bangsa Jepun ini adalah "offshot of the Malay race". Serpihan daripada bangsa Melayu. Ini bukan kata-kata saya, tapi kata-kata dari mereka yang membuat kajian. Saya hanya menyalinnya.


"The eyes will see what it wanted to see"

2- Orang-orang berkata mata akan melihat apa yang minda ingin lihat. Jika kita ingin mengaitkan Melayu dengan seribu satu perkara di dalam dunia pasti kita akan jumpa kerana itu lah yang kita ingin lihat. Namun saya pada asalnya tidak pun mencari pertalian itu. Hanya sekadar pembacaan umum kerana apabila saya meminati sesuatu perkara, saya pasti ingin tahu sehingga ke akar umbinya. Anda boleh tanya saya tentang sejarah dan susur galur muzik heavy metal, setakat minat dan tahap pembacaan saya pada hari ini, rasanya saya boleh menulis sebuah buku mengenainya. Haha.

3- Pokok pangkalnya, bukan seorang dua Sarjana yang mengaitkan Jepun dan Melayu dan bukan seorang dua para sarjana dalam bidang ethnology (satu cabang daripada bidanganthropology/kajian bangsa yang menjurus kepada analisis dan kajian perbandingan bangsa) yang mengatakan bahawa bangsa jepun adalah amalgamasi diantara beberapa bangsa termasuk Melayu. Ingat, ini bukan pendapat saya tetapi para sarjana.

4- Namun kita usah terlalu cepat mentafsir bahawa orang-orang jepun itu adalah cucu cicit orang-orang Melayu yang mendiami kepulauan Filipina, belayar ke kepulauan Jepun dan berasimilasi dengan rakyat tempatan disana. Ini adalah kerana sehingga ke hari ini para sarjana didalam kajian bangsa tidak menemui kata putus didalam menentukan asal usul orang-orang jepun. Namun teori yang mengatakan bahawa orang-orang Jepun itu mempunyai genetik nusantara sememangnya wujud. Seperti juga entri yang lepas, disini saya bukanlah mahu membuktikan kebenaran teori itu tetapi sekadar ingin berkongsi fakta bahawa teori itu wujud. Tiada angin pokok tidak akan bergoyang.

5- William Elliot Griffis didalam bukunya yang bertajuk The Japanese Nation in Evolution - Steps in the Progress of a Great People yang diterbitkan pada tahun 1907 mempunyai satu bab khusus yang membincangkan elemen-elemen kemelayuan di Jepun (The Malay Elements in Japan). Sebelum saya meneruskan pembedahan topik tersebut, ada beberapa perkara yang perlu saya terangkan.

6- Penduduk asal Jepun telah dikenal pasti sebagai orang-orangAinu. Adalah dipercayai bahawa orang-orang Ainu inilah yang mula bertransaksi dan berinteraksi dengan pelayar-pelayar melayu (dari kepulauan Filipina) pada zaman Klasik. Sama seperti yang berlaku kepada populasi di Pulau Madagascar, pelayar-pelayar melayu ini menetap dan berasimilasi dengan penduduk tempatan dan membawa bersama mereka peradaban melayu yang kemudianya diadaptasi dan diubah suai oleh orang-orang Ainu di Jepun. memetik hasil tulisan Frederick Hadland Davis didalam prakata (foreword) untuk bukunya yang bertajuk Myths and Legends of Japan yang diterbitkan pada tahun 1992:

The first inhabitants of Japan were probably the Ainu, an Aryan people who possibly came from North Eastern Asia at a time when the distance separating the islands from the main land were not so great as it is today. The Ainu was followed by two distinct Mongol invasions and these invaders had no difficulty in subduing their predecessors; but in course of time the Mongols were driven northward by Malays of the Philippines.  By the year a.d 500, the Ainu, the Mongols and the Malay elements in the population had become one nation by much the same process as took place in England after the Norman conquest.
7- Orang pertama yang mendiami Jepun kemungkinan adalah orang-orang Ainu, bangsa Aryan yang mungkin datang daripada bahagian utara Asia apabila jarak yang memisahkan pulau Jepun dan tanah besar masih tidak begitu jauh. Ini diikuti dengan dua penaklukan oleh orang-orang Mongol yang mana selepas itu dihambat kebahagian utara oleh orang-orang Melayu Filipina. Masa yang bersilih, akhirnya elemen-elemen Ainu, Mongol dan Melayu yang terdapat di Jepun berubah menjadi satu bangsa sebagaimana yang terjadi kepada England selepas penaklukan orang-orang Norman.

8- Didalam bukunya The Full Recognition of JapanRobert P Porter telah menyebut tentang amalgamasi tiga elemen yang membina karakter orang-orang jepun sebagai daripada orang-orang peribumi jepun, Ainu dari segi ketahanan dan semangat tidak mahu menyerah, daripada orang-orang Mongol dari segi kebijkasanaan dan strategi serta dari orang-orang melayu dari segi kehalusan dan kemampuan untuk menyesuaikan diri yang juga sifat normal bagi pelaut-pelaut. Perkara yang sama juga dinyatakan oleh seorang paderi Kristian yang bernama Rev. Walter Weston didalam rencananya yang bertajuk Japan - The Island, Empire and Its Cultured People.

To the national characteristics, it maybe inferred that the Ainu contributed the power of resistence, the Mongol the intellectual qualities and the Malay that handiness and adaptability which are the heritage of sailormen.

9- Selepas daripada penyantuman/penaklukan Jepun keatas Korea pada tahun 1910, Tsuboi Shogoro, seorang ahli anthropologi telah menulis sebuah rencana mengenai bangsa jepun telah dipetik seperti berkata bahawa bangsa Ainu dan Melayu telah lama disatu dan diasimilasikan kedalam Empayar, dengan kemasukan Korea, ketiga-tiga bangsa ini disatukan dibawah satu payung yang besar (melting pot).

As the Ainu and Malay had long since been intergrated in the empire, he welcome the fact that the Koreans had now been incorporated, saying that all three groups had been put into a large couldroun.

10- Baiklah. Kembali kita kepada kajian William Elliot Griffis tadi. Ramai yang berpendapat bahawa orang-orang Jepun berasal daripada China dan Korea (Tanah Besar). Namun Griffis telah membuat perbandingan budaya diantara China/Korea dengan budaya orang Ainu serta budaya Melayu. Ada perbandingan yang membuatkan saya sendiri melurut janggut. Saya tidak akan melampirkan kesemua perbandingan yang dibuat tetapi hanya akan memilih diantara yang paling menarik pada hemat saya.

11- Perbandingan pertama yang dibuat oleh Griffis adalah rumah. Beliau dipetik sebagai berkata seperti berikut:

The Japanese dwelling house never had its origin in China. In its evolution, it is a Malay structure modified by Ainu inheritances and the material example found in the soil. It is not earth floored as in India or brick or stone bottomed as among the Chinese and Koreans. it is built on posts and the floor, raised above the ground, are mat covered.
12- Rumah-rumah yang dibina tidak mempunya asal usul dari China tetapi merupaka struktur kemelayuan yang diubah suai. Ianya bukan berlantaikan tanah sebagaimana di India atau batu bata sepertimana popular dikalangan orang-orang China dan Korea. Ianya dibina diatas tiang dengan lantai yang tinggi serta beralaskan tikar. Ini boleh dikaitkan dengan budaya orang-orang jepun pada hari ini yang dikenali lebih suka duduk diatas lantai berbanding kerusi. Griffis seterusnya berkata:

The Ancient sword customs in japan seem but replicas of Malay originals. The worship of the sword, which was often deified and especially the laying up of the sword in a renowned shrine is a well known Malay custom.

13- Menurut Griffis, salah satu daripada budaya orang-orang Jepun kuno yang turut dikenali sehingga ke hari ini adalah pemujaan pedang. Adalah satu kebiasan untuk kita lihat dikaca television pedang-pedang katana diletakkan satu satu tempat khusus. Ini adalah satu kebiasaan pada masyarakat melayu lama. Budaya mengasap keris memang telah tertanam dikalangan melayu klasik. Sebagaimana orang-orang melayu menganggap keris sebagai senjata sakti yang mempunya keistimewaannya sendiri, orang-orang jepun juga menganggap pedang-pedang mereka begitu.

14- Membuatkan saya terfikir tentang kehebatan orang-orang melayu didalam teknologi mencampur pelbagai jenis besi untuk membuat keris. Di Jepun budaya mencampur besi bagi mendapatkan mata pedang yang terbaik bukanlah sesuatu yang aneh. Bukan sekadar itu, Griffis juga membuat kajian-kajian tentang cerita-cerita rakyat kuno (ancient folklores) di Jepun (kisahnya terlalu panjang dan membosankan untuk saya catit semula disini) yang turut dibandingkan dengan dongeng dongeng laut melayu teutamanya kisah kisah tentang laut dan naga yang turut dikaitkan dengan China. Tetapi Griffis tidak membuat sebarang kesimpulan mengenai persamaan persamaan kisah-kisah laut ini tetapi hanya meletak satu persoalan:
There are those who see in this oceanic myth a Malay and others a Chinese origin. Who shall decide?

15- Pada pendapat saya, sebagai satu bangsa yang terkenal sebagai pelayar-pelayar mahir, kisah-kisah naga dan lautan ini lebih dekat dengan bangsa Melayu berbanding dengan China. China, walau dikenali mempunyai empayar-empayar yang menakjubkan, mereka tidak dikenali sebagai pelaut-pelaut yang hebat. Gelaran vikings of the orient tidak diberikan kepada China tetapi kepada orang-orang dari Nusantara. Fikirkan kenapa.

16- Sejujurnya, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan sekiranya pelayar-pelayar melayu telah sampai ke Jepun yang lebih senang diharungi berikutan dengan jalan laut yang seringkali digunakan oleh pedagang-pedagang yang hendak ke China. Sedangkan Laut India yang jauh lebih luas pun dapat direntasi untuk sampai ke Madagascar. Walau bagaimana pun, teori kemelayuan di Jepun ini masih lagi hangat diperdebatkan oleh para sarjana. Saya memilih untuk menulis topik ini bukan untuk membuktikan kebenaran sesuatu teori tetapi sekadar berkongsi bahawa teori itu wujud dan agak popular bukan dikalangan sarjana barat malah dikalangan sarjana Jepun sendiri. Namun, jika tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang.

17- Menarik bukan?

No comments:

Post a Comment