Pages

Sunday, November 28, 2021

Makam Tok Selehor

Dah lama dengar cerita mengenai suluk Tok Selehor. Tapi mungkin belum direzekikan untuk ke sana. 

Akhirnya zaman lockdown juga perginya ke sana. Betul kata-kata yang menyebut, kita akan hargai sesuatu bila kita kehilangannya. 

Kehilangan kemampuan dan kebenaran merentas daerah zaman lockdown sangat mengajar ertinya perkara itu.

Berbeza dengan ziarah sebelum-sebelum ini, biasanya berziarah bersendirian atau ditemani rakan. Ziarah ke makam Tok Selehor ini dibuat dengan membawa semua anak.

Lokasinya terletak di Kampung Selehor, Tumpat, seperti kebanyakan makam ulama, bersebelahan masjid. Istimewanya makam Tok Selehor terdapatnya tempat suluk yang dibuat oleh Almarhum.

Tempat suluknya merupakan sebuah ruang yang dicipta menyerupai liang lahad, tetapi pada kali pertama ziarah ini, masih tiada kessempatan untuk masuk ke tempat suluk, hanya berziarah di makam sahaja.

Perjalanan ke makam kali ini melalui jalan yang belum pernah saya terokai, hanya menurut google maps sahaja, dan antara yang menarik ialah jalan yang melalui bawah landasan keretapi setinggi 1.7 meter sahaja. Muat-muat sebuah kereta.